fbpx

Mohamad Sabu tidak sabar kembali bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu.

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ternyata tidak sabar untuk kembali bertugas di kementerian beliau selepas berjaya menjalani pembedahan akibat penyakit apendik yang dihidapinya.

Beliau melalui satu klip video di akaun Facebooknya hari ini turut berterima kasih kepada semua sahabat serta menteri kabinet yang datang melawat dan memberi kata semangat kepadanya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan saya setelah selamat menjalani pembedahan apendiks.

“Kata-kata semangat dari semua membuatkan saya lebih kuat dan bersemangat untuk kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.

“Saya juga tidak sabar untuk kembali bertugas di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” jelasnya.

Jelas Mohamad, ketika ini di kementeriannya banyak kerja yang perlu diselesaikan dan dia tidak pernah untuk tinggalkan pekerjaan walaupun dalam keadaan tidak sihat.

“Banyak lagi kerja-kerja yang perlu diselesaikan demi menjamin sekuriti makanan negara.

“Terima kasih kepada semua. Insya Allah saya akan terus memberikan yang terbaik demi negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI