fbpx

Jururawat sahkan bayi cacat, bila lahir keadaan sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Anak yang disahkan cacat dalam kandungan oleh jururawat, lahir dalam keadaan sihat, cerdas dan tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal.

Menerusi perkongsian di TikTok milik Cahaya Mata, kejadian itu berlaku 12 tahun yang lepas semasa dia melakukan imbas kandungan (scan baby).

“Anak awak ni cacat..nampak jelas dekat muka. Jelas jururawat yang memberi rawatan kepadanya ketika itu.

“12 tahun lepas, ibu berpantang dalam kemurungan, bukan tak nak terima anak istimewa, cuma tidak terima cara penyampaian,” ceritanya.

Dengan kuasa tuhan, anaknya lahir dalam keadaan sihat, cergas dan normal seperti kanak-kanak lain.

Bukan itu sahaja, doktor pakar kanak-kanak juga turut mengesahkan anaknya dalam keadaan baik dan normal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi cerita berhadapan situasi yang sama seperti pemilik akaun TikTok terbabit.

“Saya anak nombor dua klinik ‘scan’ cakap kaki pendek. Tapi bila keluar, alhamdulillah sempurna dan suka main bola,” komen Dayang.

“Sama dengan saya, bila ‘scan’ doktor kata kepala besar siap kena jumpa doktor pakar. Sekali doktor pakar kata normal, lahir pun normal,” komen Rara.

Perkongsian terbabit menjadi tular di aplikasi TikTok dengan tontonan mencecah 117,200, 1,818 tanda suka dan 138 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI