fbpx

Pemenang Liga Fantasi Kosmo! bakal dirai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pemenang keseluruhan akan dipilih dan bakal diraikan dalam satu majlis yang akan berlangsung Julai nanti.

SAINGAN Liga Perdana Inggeris musim 2022/23 melabuhkan tirainya pada 28 Mei lalu menyaksikan Manchester City berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut biarpun Arsenal dilihat berjaya menguasai sebahagian kempen musim ini.

Bagi para peserta Liga Fantasi Kosmo!, selepas 38 minggu berusaha keras memilih pemain yang mampu menyumbang mata yang banyak untuk pasukan masing-masing, kini tibalah masa untuk mereka meraikan kejayaan masing-masing apabila 12 pemenang keseluruhan akan dipilih dan bakal diraikan dalam satu majlis yang akan berlangsung Julai nanti.

Pihak sekretariat penganjuran Liga Fantasi Kosmo! ketika ini sedang membuat penilitian dan berada pada fasa terakhir untuk memastikan para peserta yang dipilih sebagai pemenang memenuhi syarat pertandingan yang dikemukakan sebelum ini bagi mengelak sebarang isu berbangkit di kemudian hari.

Musim ini menyaksikan Kosmo! menawarkan hadiah yang cukup lumayan melibatkan dua hadiah utama berupa penerbangan ke London bersama tiket menonton perlawanan bola sepak EPL, wang saku dan kemudahan tempat tinggal selain dua buah motosikal, telefon bimbit, komputer gaming, basikal dan wang tunai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI