fbpx

Havertz setuju berpindah ke Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ dilaporkan sudah menyatakan persetujuan dengan terma peribadi diberikan Arsenal untuk dia meninggalkan Stamford Bridge. – AFP

LONDON – Penggempur Chelsea, Kai Havertz dilaporkan sudah bersetuju dengan terma peribadi bersama Arsenal sekali gus menyaksikan potensi perpindahannya ke Emirates semakin menjadi kenyataan.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan sa­ngat meminati aksi Havertz dan run­dingan melibatkan kedua-dua pihak dikatakan berlangsung dengan positif setakat ini.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang persetujuan antara kedua-dua kelab mengenai yuran perpindahan, namun Arsenal yakin mereka mampu menyelesaikan urusan berkenaan dalam tempoh terdekat.

The Gunners memulakan rundingan bersama pemain berusia 24 tahun yang dinilai pada harga £60 juta (RM355.04 juta) dengan mengemukakan tawaran gaji mingguan sebanyak £200,000 (RM1.18 juta).

Bagaimanapun, Chelsea mungkin akan menyukarkan urusan berkenaan apabila hanya akan melepaskan pemain tersebut pada harga £70 juta (RM414.21 juta) ketika kontrak­nya hanya akan berakhir pada 2025.

Havertz menyertai Chelsea pada 2020 dari Bayer Leverkusen dengan kontrak selama lima tahun ketika Manchester United dan Real Madrid juga dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya pada waktu tersebut.

Musim lalu menyaksikan Havertz gagal mempamerkan aksi terbaiknya ekoran masalah kecederaan lutut apabila ­sekadar meledak empat gol dalam 27 penampilan, namun dia pernah muncul wira The Blues ketika meledak gol tunggal perlawanan ketika menentang Manchester City ­untuk mereka menjulang trofi Liga Juara-Juara musim 2021.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI