fbpx

Guna pintu rahsia, pusat hiburan gajikan GRO diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video serbuan di dua pusat hiburan menggajikan pelayan pelanggan (GRO) di Klang, Sabtu lalu.

KLANG – Kegiatan dua pusat hiburan menyediakan pintu rahsia untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) terbongkar selepas diserbu sepasukan polis dalam operasi di sini, Sabtu lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu hantaran Facebook rasminya berkata, serbuan yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7) itu menahan 22 GRO wanita warga asing dan lima individu disyaki penjaga premis.

“Premis yang menawarkan perkhidmatan pelayan wanita ini beroperasi khas untuk pelanggan tetap sahaja dan tidak mempunyai lesen perniagaan.

“Semua pelanggan yang ingin memasuki premis ini haruslah melalui laluan pintu rahsia yang dikawal dari dalam oleh penjaga,” katanya dalam hantaran hari ini.

JSJ Bukit Aman berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Tambah hantaran itu, pasukan serbuan turut merampas pelbagai peralatan elektronik dan wang tunai bernilai RM5,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 55 B, Seksyen 15 (1)(c), dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1953/69 serta Perkara 39b Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI