fbpx

Fahmi selar dakwaan kerajaan tumbang lepas PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menyelar kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Kerajaan Perpaduan bakal ditumbangkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Fahmi dalam hantaran di Twitternya hari ini secara ringkas mengingatkan semula Ahli Parlimen Kubang Kerian itu terhadap titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Peringatan buat Tuan Ibrahim Tuan Man, seandainya sudah terlupa. Sudah-sudahlah,” katanya sambil memuat naik semula titah Sultan Ibrahim yang menyuarakan kebimbangan berhubung isu kestabilan kerajaan.

Terdahulu, media melaporkan, PRN di enam negeri akan datang mampu menggugat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tuan Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka.

Katanya, PRN kali ini boleh menggugat kerajaan pusat sekiranya Perikatan Nasional (PN) mampu memperolehi kemenangan di lima daripada enam negeri.

PRN kali ini melibatkan sebanyak enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dijangka diadakan serentak pada awal Ogos nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI