fbpx

Lebih 1.15 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua pintu masuk dibuka untuk memudahkan ketibaan jemaah di Arab Saudi. - Saudi Gazette

RIYADH – Lebih 1.15 juta jemaah haji telah tiba di Arab Saudi melalui pelbagai pintu masuk, kata Timbalan Setiausaha Kementerian Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Pelawat, Mohammad Bin Abdulrahman Al-Bijawi seperti dilaporkan akhbar Saudi Gazette semalam.

Bercakap kepada saluran televisyen Al-Ekhbariyah, Mohammad menjelaskan bahawa Arab Saudi telah membuka semua pintu masuknya untuk memudahkan ketibaan para jemaah, sambil menambah, kira-kira 25,000 jemaah tiba melalui laluan darat pada Sabtu lalu.

Menurutnya, semua pintu masuk di negara itu berada dalam keadaan bersedia  dan lengkap, ketika jemaah haji akan terus tiba dalam beberapa hari lagi.

Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Bin Abdulaziz di Madinah pula menyaksikan jumlah terbesar bagi ketibaan jemaah haji setakat ini, iaitu lebih 600,000 orang pada Sabtu lalu.

Mohammad  menambah, kapasiti di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah diramal melebih kapasiti di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz pada hari-hari mendatang, yang akan menyaksikan peningkatan jumlah jemaah yang tiba. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI