fbpx

KJ kongsi gambar bertemu Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Khairy di laman Instagramnya hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini telah kongsikan satu keping gambar beliau bersama Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gambar tersebut yang dikongsi di InstaStory itu terus menjadi tanda tanya kepada orang ramai berkenaan keputusan Khairy Jamaluddin atau KJ berkenaan penglibatan politiknya.

Walaupun tidak dinyatakan bila dan di mana pertemuan tersebut, desas desus mengenai penerimaan bekas Ahli Parlimen Rembau itu bersama Perikatan Nasional (PN) kembali hangat diperkatakan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu sebelum ini telah dipecat keahlian beliau oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas pasca Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lepas.

KJ merupakan salah seorang pemimpin generasi muda yang mempunyai pengikut serta mempunyai kecemerlangan dalam bidang politik yang cemerlang sebelum ini.

Ketika ini, beliau turut bertugas sebagai penyampai radio di salah sebuah stesen radio terkenal tempatan.

Malah, siri podcastnya bersama seorang lagi bekas Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan yang dikenali sebagai Keluar Sekejap turut mendapat bilangan penonton yang ramai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI