fbpx

64 jemaah haji dirawat akibat jangkitan paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakal jemaah haji mengaminkan bacaan doa sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji 1444H/ 2023 di Kompleks TH Sepang, hari ini.Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Seramai 64 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di hospital Tabung Haji (TH) dan juga hospital Arab Saudi setakat ini akibat jangkitan paru-paru disebabkan keadaan cuaca panas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, jumlah jemaah itu termasuk 38 lelaki dan 28 wanita.

Beliau berkata, mereka dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan mendapatkan kesembuhan cepat supaya dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

“Pada masa sama, TH turut mengambil inisiatif untuk melaksanakan inisiatif program pendidikan kesihatan kepada jemaah haji melalui ‘Ziarah Rahmah’. Inisiatif baru itu adalah untuk memeriksa kesihatan jemaah haji dari bilik ke bilik di bangunan penginapan di Madinah dan Makkah.

“Ini adalah salah satu usaha TH dalam mencegah jangkitan penyakit dan menangani risiko kesihatan di kalangan jemaah haji Malaysia dimana penyakit berkaitan sistem pernafasan sering berlaku pada setiap musim haji,” katanya ketika ditemui di Kompleks Haji di Moven Pick di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI