fbpx

[VIDEO] Lepas hina anggota polis, wanita sama buat kecoh di parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kejadian tersebut yang tular di Twitter sejak malam tadi.

PETALING JAYA – Selepas kecoh di media sosial tentang seorang wanita yang juga penjawat awam didakwa mengeluarkan perkataan berunsur hinaan kepada anggota polis, dia sekali lagi menjadi bualan apabila tular rakaman pergaduhan mulut di sebuah parkir.

Rakaman itu dikongsikan beberapa pengguna Twitter sejak malam tadi.

“Jenis apa lah dia ni. Macam mana boleh jadi pun tak tahu la. Perangai sebiji macam monyet. Padahal baru semalam viral video dia maki polis pangkat rendah, ini buat perangai pula dengan orang awam.

“Harap PDRM (Polis Diraja Malaysia) dengan Perhilitan boleh segera bertindak, kembalikan dia ke habitat asal,” ciap @_AmranFans.

Sementara itu, di ruangan komen, seorang lagi individu tampil membuat pengakuan dengan mendakwa penjawat awam terbabit pernah memaki dirinya pada bulan Mei lepas.

“Dia ini memang suka cari pasal, bulan lima hari itu di Starbucks Sunway Putra jerit maki-maki dekat saya awal-awal pagi.

“Dia siap rakam saya dengan rakan perniagaan saya dekat situ. Saya siap panggil polis bantuan, jenis mental suka cari pasal, saya tak rakam kalau tak mesti buat laporan polis,” kongsi @akusimpleguy.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, wanita tersebut yang juga suspek kejadian berkaitan penghinaan terhadap anggota polis telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI