fbpx

Penduduk tidak perlu bayar premium tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ menyerahkan replika kunci kepada bakal penghuni Taman Dato Hajjah Fatimah Salim di Dewan Serbaguna Benut, Pontian, hari ini.

PONTIAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju menanggung baki 20 peratus pembayaran premium tanah melibatkan perpindahan penduduk daripada tiga buah kampung ke Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim di Kampung Parit Makuasang, Benut, di sini.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap pada majlis penyampaian notis 5A serta penyerahan kunci rumah projek Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim melibatkan penduduk Kampung Nelayan, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Sungai Sanglang.

Katanya, sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 28 Mei lalu, supaya kerjaaan negeri Johor menimbangkan diskaun 80 peratus premium tanah di taman tersebut.

“Bukan itu sahaja, di peringkat KKDW yang diterajui Timbalan Perdana Menteri turut memberikan kelulusan supaya baki 20 peratus premium ditanggung oleh KKDW.

“Ini bermakna, penduduk tidak dikenakan sebarang bayaran premium tanah dan mereka menikmati 100 peratus percuma dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat,” katanya dalam majlis penyerahan kunci rumah baharu mereka di Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim di Dewan Dewan Serbaguna Benut, di sini hari ini.

Terdahulu, pada 28 April lalu, kerajaan negeri dilaporkan bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah bernilai RM1.6 juta daripada nilai keseluruhan premium sebanyak RM2 juta.

Tambah Onn Hafiz, sebanyak 170 unit rumah dibina di Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim sebagai penempatan semula mangsa banjir akibat air pasang membabitkan penduduk Kampung Nelayan, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Sungai Sanglang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI