fbpx

[VIDEO] Hujan renyai iringi pengebumian Jaafar Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIF (dua dari kanan) dan kakak sulung Allahyarham Jaafar Onn, Teh Awang, 80, (tiga dari kanan) menyiram air di pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Al Firdaus Tanjung Gading, Muar, Johor.

MUAR – Allahyarham Jaafar Onn selamat dikebumikan pada pukul 8.30 malam tadi dalam keadaan cuaca hujan renyai di Tanah Perkuburan Islam Al Firdaus Tanjung Gading, Muar, di sini.

Terdahulu, jenazah tiba di kediaman keluarganya di Batu 3, Kampung Tanjung Gading pada pukul 3.15 petang dan dibawa ke Masjid Jamek Al Firdaus sekitar 6 petang untuk disembahyangkan.

Lebih 100 hadir mengiringi pengebumian Allahyarham termasuk anak angkatnya, Hanif Mohd. Hashim, 30, ahli keluarga dan kenalan.

Kosmo! pagi tadi melaporkan dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian artis versatil, Jaafar Onn yang dilaporkan telah meninggal dunia, sekitar pukul 11 pagi.

Allahyarham, menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di Hospital Serdang, selepas dimasukkan ke wad kecemasan di zon kritikal hospital berkenaan sejak kelmarin.

Berita tentang pemergiaan Jaafar itu turut dikongsikan rakan penyanyi, Zur Eda menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI