fbpx

Nahas LPT2: Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mengangkat jenazah Raudhatul Khayra untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jenazah tiga beranak yang maut akibat kemalangan di Kilometer 267.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman semalam selamat dikebumikan, sebentar tadi.

Jenazah pasangan Mohd. Ridzuan Mohd. Yaacob, 35, dan Zahidah Hanisah Mohamad, 35, serta anak bongsu mereka , Raudhatul Khayra, 3, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Manir, di sini, pada pukul 7.30 malam.

Terdahulu, jenazah tiga beranak terbabit tiba di rumah keluarga mereka di Kampung Teluk Pasu di sini 5.20 petang.

Tiga jenazah itu disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah keluarga mereka.

Kosmo! Online semalam melaporkan kereta Proton Saga dinaiki kesemua mangsa termasuk anak sulung mereka, Muhamad Uwais Wafiuddin, 8, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang kiri jalan sebelum terbalik.

Dalam kemalangan pada pukul 4 petang itu, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Sekati dari Kuantan, Pahang.

Mohd. Ridzuan dan isterinya yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Tembah, Paka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Raudhatul Khayra pula menghembuskan nafas terakhir Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan manakala Muhamad Uwais Wafiuddin masih dirawat di hospital sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI