fbpx

Koperasi Tentera umum 7 peratus dividen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Kementah hari ini.

KUALA LUMPUR — Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak tujuh peratus kepada 156,156 ahlinya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun kewangan 2022.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, dengan pengumuman tersebut ia sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus (RM41.4 juta) berbanding RM89 juta pada 2021.

Jelas Adly, Pembayaran dividen itu berdasarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat Koperasi Tentera sebanyak RM154 juta, hasil daripada pendapatan bersih pada 2022, iaitu RM256 juta.

“Pembayaran dividen akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidiladha, selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Prestasi baik ini membuktikan Koperasi Tentera mampu memberikan pulangan yang tinggi secara konsisten kepada anggotanya walaupun negara berhadapan suasana ekonomi mencabar.

“Koperasi Tentera juga telah melakar kejayaan setelah diberi pengiktirafan sebagai koperasi premier daripada SKM tiga tahun berturut-turut. Ini merupakan pencapaian terbaik bagi Koperasi Tentera untuk mereka melaksanakan tugas-tugas dan menjayakan lagi visi dan misi koperasi,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera ke-57 hari ini.

Dalam majlis tersebut, Adly turut menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada lapan Anggota Terlama Koperasi Tentera, Sumbangan Bantuan Sekolah Berasarama Penuh kepada tujuh anak-anak penerima anggota Koperasi Tentera serta tiga tiga penerima Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan.

Dalam pada itu, Adly berkata, Koperasi Tentera telah menyalurkan pelbagai bentuk insentif bernilai lebih RM17 juta dalam tempoh 10 tahun.

“Insentif terbabit telah memanfaatkan seramai 42,706 anggota meliputi aspek pendidikan, perubatan dan derma am.

“Selain itu, sumbangan khairat kematian sebanyak RM572,000 telah turut disalurkan kepada waris anggota pada tahun 2022,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI