fbpx

Inspektor wanita tular disiasat ganggu keluarga di parkir pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu lagi kertas siasatan membabitkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis yang didakwa membuat kecoh di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ia selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun.

“Siasatan mendapati berlaku perselisih faham apabila suspek ingin meletakkan kenderaan di sebelah kereta mangsa, tetapi pintu kenderaan mangsa di bahagian pemandu dan penumpang belakang terbuka.

“Mangsa menyatakan neneknya sedang menukar lampin anak saudaranya ketika itu. Suspek yang tidak berpuas hati menekan hon dan menjerit serta memarahi mangsa dan ahli keluarganya.

“Suspek juga memperlekehkan pakaian mangsa yang kelihatan seksi sambil merakam video,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, perselisihan faham itu kemudiannya berlanjutan sehingga dileraikan oleh saksi kejadian iaitu sepasang suami isteri.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Tindakan tatatertib dan kesihatan mental masih sedang dalam tindakan,” ujarnya.

Terdahulu, PDRM telah membuka dua kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang wanita dipercayai menghina anggota polis di sebuah kedai makan di Gombak.

Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, wanita berusia 35 tahun itu telah ditahan hari ini bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI