fbpx

Pencuri larikan wang mesin air dalam masa 2 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek membongkar mesin air minuman itu sebelum melarikan wang. - The Pattaya News

BANGKOK – Dua pencuri melarikan wang berjumlah 13,000 baht (RM1,736) daripada sebuah mesin air minuman di hadapan sebuah kedai runcit di Pattaya, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian itu dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) pada awal pagi 10 Jun lalu.

Suspek dilihat tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal sebelum segera membuka mesin berkenaan dan melarikan wang.

Mesin air minuman itu dimiliki oleh seorang penduduk, Sittichai Chualee yang berusia 54 tahun. Dia segera membuat laporan di Balai Polis Huay Yai selepas menyedari kecurian itu.

Menerusi satu temu bual bersama laman berita The Pattaya New, Chualee berkata bahawa suspek berjaya membuka mesin itu dan melarikan wang hanya dalam 2 minit sahaja.

Sebagai tindak balas kepada kejadian itu, polis kini berusaha mengesan kedua-dua suspek menggunakan rakaman CCTV. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI