fbpx

Jadi perhatian dunia, Dolla saingi sensasi K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOLLA

PETALING JAYA – Dolla terus meraih perhatian antarabangsa apabila kali ini dipilih saluran YouTube tersohor, MsMojo sebagai satu daripada 10 kumpulan penyanyi wanita global yang wajib diberikan perhatian pencinta muzik.

Cadangan itu dilayangkan menerusi video dikongsikan MsMojo yang turut membariskan penghibur dari Amerika Syarikat, Amerika Latin, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan dan Filipina.

Dolla diberi penghormatan menduduki tempat keenam dalam senarai tersebut, selain satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang berjaya membolosi carta.

Antara kumpulan lain yang turut menduduki senarai dambaan ramai penyanyi itu adalah XG dari Jepun serta bintang sensasi K-Pop terkini, New Jeans.

Menurut kenyataan saluran terbabit, Dolla bukan sahaja terkenal dengan kelincahan mereka mendominasi pentas, malah tular dalam media sosial bersama pencapaian lain.

Ini termasuk kejayaan lagu berjudul Raya Raya Raya yang mampu mengumpul jutaan peminat dari seluruh dunia.

Pencapaian diraih semestinya cukup bermakna buat kumpulan yang dianggotai empat jelitawan iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

MsMojo adalah sebuah saluran YouTube yang popular dan mengiktiraf selebriti berbakat dari seluruh dunia serta berimpak besar dalam arenq seni hiburan global.

Bersama lebih lima juta pelanggan, pasti pendedahan sebegini memberi impak terhadap Dolla untuk mengumpul lebih ramai peminat baharu.

MsMojo pula adalah sebuah saluran YouTube yang lahir daripada saluran induk WatchMojo iaitu sebuah penyedia video ulung di YouTube yang berpangkalan di Kanada.

Terdahulu, Dolla mengukir kecemerlangan apabila wajah mereka dipaparkan pada papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) menerusi kempen EQUAL sekitar September 2021.

Ditubuhkan secara rasmi pada April 2019, kumpulan tersebut mencetuskan fenomena selepas penerbitan single pertama, Make You Wanna.

Ini diikuti Impikan yang menduduki tangga kedua ‘trending’ dalam YouTube Malaysia sehari selepas dilancarkan itu setahun selepas karya sulung.

Single Impikan versi bahasa Inggeris yang diberi judul Watch Me Glow ciptaan Ludwig Lindell, Karl Oscar Gummesson dan Daniel Caesar turut mencetuskan fenomena tersendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI