fbpx

Penerbangan haji guna syarikat pelancongan tak tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (dua dari kanan) menyemak dokumen berkaitan PJH ketika ditemui di pejabatnya di Abraj Al-Janadriyah, Mekah baru-baru ini.

MEKAH – Pengelola Jemaah Haji (PJH) memaklumkan tiada sebarang penerbangan setakat ini yang terjejas atau tertangguh bagi membawa jemaah haji ke Tanah Suci menggunakan pakej dikendalikan syarikat pelancongan berlesen.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH), Mohd. Zawawi Bostam berkata, setakat ini le­bih 5,400 daripada 8,532 jemaah telah tiba di Mekah dan sebahagiannya mendarat di Madinah terlebih dahulu. Baki penerbangan akan tiba di Jeddah dari Kuala Lumpur.

Katanya, kesemua jemaah PJH itu menggunakan visa rasmi yang diterima oleh kerajaan Malaysia.

“Bagaimanapun, jika ada individu yang mendapat visa furada, mereka boleh memilih PJH mana yang sesuai dengan mereka untuk pergi ke Tanah Suci.
“Kita belum ada maklumat mengenai visa itu yang dijangka keluar dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Zawawi, berdasarkan rekod sebanyak 35 syarikat telah dibatalkan lesen pada 2012 dan 2013 kerana tidak menepati piawaian selain melanggar terma dan syarat ditetapkan.

Tambahnya, pada tahun ini sebanyak satu syarikat telah dibatalkan lesennya selepas melalui penilaian berdasarkan daripada aduan yang diterima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI