fbpx

Peminat MK K-Clique bangun pagi ‘bad mood’, pedih, terluka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terkejut dan patah hati.

Itulah kebanyakan reaksi yang diluahkan peminat MK K-Clique apabila mendapat berita penyanyi kesayangan mereka, MK K-Clique telah melangsungkan pernikahan dengan suri hati pilihan, Siti Hajaar, pagi tadi.

Berita pernikahan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dengan seorang usahawan nyata meninggalkan kesan mendalam buat gadis sehingga tidak boleh menerima hakikat berdepan realiti itu.

“Patut rasa pedih seperti terluka, rupa-rupanya hati. Bangun-bangun sahaja ‘bad mood’.

“Aku lepas engkau pergi, bukan kerana benci tetapi sebab terlalu mencintai,” demikian reaksi sedih peminat sebaik menerima berita hati MK sudah dimiliki.

Pagi tadi, penyanyi asal Sabah itu sah bergelar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Jami’il Huda, Ampang.

MK dan Siti Hajaar sebelum ini mengikat pertunangan pada 7 Mei secara tertutup tanpa mendedahkan kepada umum.

Sebelum ini, menambahkan lagi kekecohan apabila penyanyi kegilaan ramai itu memuat naik foto berukuran pasport dalam media sosial dan didakwa bakal mendirikan rumah tangga.

Namun, ketika itu MK enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi untuk menamatkan zaman bujangnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI