fbpx

Hujan lebat, ribut petir di empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Empat negeri diramal mengalami hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang sehingga pukul 7 petang ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, antara negeri yang terlibat adalah Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Pahang, kawasan yang terlibat adalah di Rompin, manakala di Johor pula ia melibatkan daerah Mersing.

“Bagi sarawak pula, ia melibatkan daerah Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Marudi) dan Limbang,” katanya.

MetMalaysia menambah, untuk negeri Sabah, kawasan yang dijangka mengalami cuaca tersebut adalah sekitar Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI