fbpx

Balasan songlap zakat, bekas guru besar dijel lima tahun, denda RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini.

SHAH ALAM – Perbuatan seorang bekas guru besar sekolah rendah yang menggunakan wang zakat berjumlah RM75,000 empat tahun lalu berbalas apabila dijatuhi penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman terhadap tertuduh, Mohamed Nor Azmi Darno, 56, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mohamed Nor turut dikenakan denda sebanyak RM100,000 dan sekiranya gagal membayar diperintahkan menjalani penjara tambahan 10 bulan.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan,bapa kepada enam anak didakwa semasa kejadian sebagai guru besar sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh dekat sini telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curang menggunakan sumbangan zakat berjumlah keseluruhan RM75,000 daripada sebuah syarikat korporat.

Wang zakat itu telah digunakan untuk kegunaan sendiri dan tidak diagihkan kepada murid asnaf sekolah itu bagi program pemberian sumbangan Hari Raya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Saujana Utama antara 17 hingga 19 Jun 2019.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muaz Ahmad Khairuddin dan pegawai pendakwa, Mohd Aliff Shahruzaman.

Tertuduh pula diwakili peguam Nur Asikin Mohamed Yusof.

Mahkamah juga telah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu.

Kosmo! pada 22 Mei 2021 melaporkan seorang guru besar ditahan selepas dipercayai menggunakan wang zakat berjumlah RM75,000 untuk kepentingan diri sendiri.

Bantuan itu sepatutnya diagihkan kepada 250 murid dengan setiap seorang menerima RM300. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI