fbpx

SK Seri Permai tersenarai 10 Sekolah Terbaik Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid (dua, kanan) bersama Mohammad Sabarullah (kanan) bertemu murid-murid yang menggunakan SnET 2.0 di SK Seri Permai, Bayan Baru hari ini. Foto oleh SAFINA RAMLI/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Jalan Tengah di sini tersenarai antara 10 Sekolah Terbaik Dunia dalam Pertandingan World Best School Prizes (WBSP) bagi Kategori Inovasi iaitu menerusi Smart n Easy Table 2.0 (SnET).

Pengumuman itu yang dibuat kira-kira pukul 2 petang hari ini secara dalam talian oleh organisasi pendidikan global, T for Education yang berpangkalan di United Kingdom (UK) disambut dengan perasaan gembira oleh seluruh warga SK Seri Permai terutama guru besar sekolah berkenaan, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail yang mencetuskan idea SnET 2.0.

SnET 2.0 merupakan inovasi meja dan ruang simpanan buku yang membantu mengatasi isu masalah beg sekolah berat di sekolah itu.

Mohammad Sabarullah berkata, selepas berjaya tersenarai sebagai antara 10 sekolah terbaik hari ini, SK Seri Permai layak ke pusingan seterusnya iaitu pemilihan untuk Top 3 pada Oktober ini.

”Kami menyertai pertandingan ini secara berperingkat sejak Januari tahun ini, dan hari ini SK Seri Permai telah terpilih antara 10 sekolah terbaik Pertandingan World Best School Prizes (WBSP) bagi Kategori Inovasi.

”Kami berharap pada Oktober nanti, sekolah ini akan terpilih sebagai pemenang pertandingan ini dan kami dapat berkongsi inovasi SnET 2.0 dengan sekolah-sekolah lain di luar negara,” katanya dalam sidang akhbar di SK Seri Permai di sini hari ini.

Menurut Mohammad Sabarullah, SnET 2.0 tersebut dibangunkan sendiri oleh beliau dengan kerjasama para guru, Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani, dan inovasi tersebut merupakan yang pertama di Malaysia serta dunia.

“Kami mula membangunkan SnET 2.0 sejak tahun 2020 dan setakat ini kami telah memasuki fasa ketiga, di mana kira-kira 300 buah meja lagi dijangka siap September ini untuk kegunaan semua 1,500 murid. Pada masa ini, sekolah ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan petang, jadi 800 meja mencukupi untuk murid di sekolah ini,” katanya.

Tambahnya, inovasi SnET 2.0 dapat membantu murid-murid datang ke sekolah dengan lebih gembira kerana mereka tidak lagi terbeban dengan masalah beg sekolah berat.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata, pencapaian SK Seri Permai itu merupakan satu kebanggaan kepada warga Kementerian Pendidikan (KPM). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI