fbpx

Sektor kewangan main peranan penting – Nik Nazmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi.

KUALA LUMPUR – Sektor kewangan perlu terus memainkan peranan penting dalam agenda kemampanan alam sekitar sama ada melalui operasi, produk ditawarkan atau perniagaan yang dibiayai.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, agenda tersebut memerlukan usaha kolektif secara keseluruhan melibatkan kerajaan, korporat dan semua pihak bertanggungjawab.

“Perlu ditekankan bahawa kejayaan dalam usaha ini tidak hanya bergantung kepada apa yang kerajaan lakukan semata-mata. Menangani perubahan iklim, menjamin peralihan tenaga dan mengekalkan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam ekonomi negara perlukan perubahan secara keseluruhannya.

“Ini bukan kerja satu kementerian atau kerajaan semata-mata,” katanya ketika memberi ucaptama Persidangan Hijau MIDF di sini hari ini.

Sementara itu Nik Nazmi berkata, kapasiti Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) ketika ini hampir 25 peratus kerana tidak semua kapasiti solar digunakan berikutan negara masih bergantung kepada bahan api fosil terutama sekali arang batu.

“Negara juga masih bergantung pada gas asli sehubungan dengan itu juga sudah diisytiharkan di bawah perancangan kami bahawa tiada arang batu baru di Malaysia.

“Kita akan gunakan bentuk sumber tenaga yang lain dan dalam masa sama kita masih melihat gas asli sebagai satu bentuk penghubung semasa kita bergerak ke arah sasaran pelepasan karbon sifar bersih (net zero),” ujarnya.

Selain itu katanya, ketika ini kementerian menerima sokongan yang baik dan adil dalam usaha memperoleh pelaburan besar dalam bidang RE.

“Diramalkan negara mencapai sasaran net zero paling awal menjelang 2050, kita memerlukan pelaburan sebanyak RM637 bilion untuk memasang sistem baharu, menaik taraf gred serta mewujudkan lebih banyak solar.

“Setakat ini pihak seperti Bank Negara Malaysia sudah melakukan pelbagai perkara untuk memberi fokus kepada agenda kemampanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI