fbpx

PRN: Amirudin tunggu perkenan Sultan Selangor bubar DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang akhbar selepas program tersebut. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum baginda menunaikan haji.

Amirudin menjelaskan, beliau belum mempunyai rancangan dan menunggu masa untuk menghadap Sultan Sharafuddin.

“Mereka ( Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang) mungkin telah umumkan selepas menghadap Duli Tuanku ( dan Tuan Yang Terutama bagi Pulau Pinang). Saya kena menghadap Tuanku (Sultan Sharafuddin) bagi menyatakan tarikhnya dan Tuanku akan memperkenankan tarikhnya.

“Tiada rancangan lagi, saya tunggu masa untuk menghadap. Kalau tidak sempat saya akan pergi ke Madinah.

“Namun, kita cuba elakkan dan dapatkan masa menghadap sebelum tarikh Tuanku (Sultan Sharafuddin) berangkat ke Tanah Suci (untuk menunaikan haji),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan forum Selangor Mobility, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tarikh pembubaran DUN memandangkan difahamkan Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin akan berangkat menunaikan haji pada minggu depan.

Sebelum ini, tarikh pembubaran DUN bagi PRN di tiga negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan telah diumumkan iaitu masing-masing pada 22, 28 dan 30 Jun ini.

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor menjelaskan peluang sama adil akan diberikan terhadap kerusi-kerusi kepada gabungan PH dan Barisan Nasional bagi PRN nanti.

Tambahnya, pihaknya juga akan berbincang dengan gabungan PH dan Barisan Nasional (PH) sama ada pada hari atau esok berhubung tiga kerusi DUN yang belum selesai.

“Strateginya senang iaitu calon boleh menang. Kalau kita bertanding (kerusi) banyak namun kebolehan menang kita rendah sebenarnya tidak beri kesan baik kepada kita.

“Kita sebagai keluarga dan gabungan Kerajaan Perpaduan serta masing-masing perlu berbesar hati bagi menang PRN dengan majoriti mudah dan selesa,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI