fbpx

Radzi balas sindiran Anwar, beri fakta tidak tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi ketika bercakap pada sidang akhbar di Parlimen

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin membidas sindiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung 30,000 pelajar yang tidak duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 kerana tidak dipantau sebagai kenyataan yang tidak tepat.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk disindir, namun apa yang didedahkan perlu mengikut fakta yang betul.

“Dari mana datang data 30,000 ini. Saya cuba cari maklumat-maklumat yang ada kerana sepertimana yang dilaporkan baru-baru ini, hanya 14,858 calon tidak duduki SPM 2022.

“Sekarang, siapa tipu siapa? Sama ada Menteri Pendidikan tipu Perdana Menteri, atau Perdana Menteri bercakap tanpa rujuk mana-mana fakta,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, di sini hari ini.

Selain itu, Radzi berkata, sindiran mengatakan beliau tidak memantau perkara itu adalah tidak wajar ekoran tempoh peperiksaan SPM 2022 dijalankan ketika di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Yang kedua, Anwar kata saya tidak pantau. Cuba semak fakta dahulu, peperiksaan bertulis SPM 2022 bermula pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023.

“Ia berlaku bukan waktu saya. Jadi macam mana saya nak pantau. Nak kenakan saya tetapi yang terciduk Menteri Pakatan Harapan (PH), DAP dan Barisan Nasional (BN) sendiri,” ujarnya.

Justeru, tambah Radzi, isu pendidikan tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia merupakan asas dan tunjang penting dalam membangunkan negara.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Anwar mendedahkan seramai 30,000 pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM 2022

Pada masa sama, Anwar turut menyindir Radzi sebagai bekas Menteri Pendidikan kerana tidak memantau situasi berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI