fbpx

Jadi ‘ketua keluarga’ jaga suami terlantar akibat strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENDOK SUMPOH melihat suaminya yang terlantar di atas katil ekoran menghidapi strok sejak 10 tahun lalu di rumahnya di Taman Sri Mahkota, Benut, Pontian semalam.

PONTIAN – Seorang wanita warga emas menjadi ‘ketua keluarga’ kerana menjaga suaminya yang terlantar sakit menghidapi penyakit angin ahmar (strok) sejak 10 tahun lalu.
Disebabkan tidak dikurniakan zuriat, Endok Sumpoh Lanurek, 71, kini menjaga suaminya, Bedu Sakek, 70, seorang diri walaupun kudratnya tidak lagi sekuat dahulu.

Katanya, disebabkan keadaan suaminya seperti ‘seorang bayi’ tidak mampu untuk mengurus diri, dia terpaksa berhenti menjalankan perniagaan kedai runcit yang menjadi sumber pendapatan sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, dia membawa balik kesemua barangan perniagaan ke rumahnya bagi memudahkan menjaga suaminya yang tidak mampu lagi bergerak, hanya terlantar di atas katil.

“Semua perkara termasuk makan minum, memakaikan lampin, mencuci kencing dan najis, saya lakukan sendiri, tanpa ada orang lain membantu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Mahkota, Benut disini semalam.

Tambahnya, jika suaminya banyak membuang air besar, dua ke­ping lampin pakai buang digunakan sehari.

“Saya kini yang tiada sebarang pendapatan bersyukur dengan bantuan diterima daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebanyak RM300 sebulan yang digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain.

Katanya lagi, dia menumpang kasih daripada anak-anak saudara yang tinggal di kawasan Benut yang memberikan sumbangan wang tunai mahupun barangan keperluan harian.

Endok Sumpoh juga bersykur mempunyai jiran banyak membantu meringankan beban yang ditanggung.

Tambahnya, dia hanya memberikan suaminya makanan lembut seperti roti dan susu setiap hari kerana tidak lagi mampu mengunyah makanan keras.

Sesiapa yang bersimpati dan ingin membantu meringankan bebanan keluarga tersebut boleh memberikan sumbangan melalui akaun Agro Bank (100589100002476) atau menghubungi 011-5505 5481.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI