fbpx

Baik baca al-Quran daripada memburu hantu – Dr. Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lebih baik membaca al-Quran dan buat perkara yang lebih berfaedah daripada buat kandungan ‘memburu’ hantu atau paranormal.

Itu nasihat ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri berhubung persoalan atau hukum di sebalik menghasilkan kandungan paranormal.

Zulkifli menerusi artikel terbaharu di portal Maktabah Al-Bakri turut menasihatkan agar tidak melakukan perkara sedemikian dan buatlah perkara lebih bermanfaat seperti menghadiri majlis ilmu, bersukan dan seumpamanya.

“Membuat perkara yang berunsur mistik secara berlebihan dikhuatiri akan membawa kepada kesyirikan, ketahyulan dan khurafat. Semoga Allah SWT memelihara akidah kita daripada dicemari syirik dan khurafat,” katanya.

Katanya, Syeikh Mustafa al-Maraghi menyebut bahawa beriman dengan perkara yang ghaib ialah percaya bahawa adanya kewujudan di sebalik alam yang nyata yang mana ianya dipandu dengan dalil dan akal yang waras.

Jelasnya, firman Allah SWT juga menceritakan bahawa kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI