fbpx

PDRM mohon interpol kongsi identiti, lokasi pelawak Jocelyn Chia -KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar persembahan komedi berdiri Jocelyn Chia yang mendapat kecaman pengguna media sosial.

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini pelawak Jocelyn Chia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurut beliau, permohonan berkenaan akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Cheras, di sini hari ini.

Tambah beliau, PDRM juga telah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu proses siasatan ke atas akaun media sosial digunakan pelawak wanita berkenaan.

“Selain itu, PDRM juga telah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam video klip berkenaan,” katanya.

Terdahulu, seorang pelawak solo wanita dipercayai berasal dari negara jiran dikecam hebat oleh orang ramai setelah tindakannya menghina Malaysia menerusi persembahannya di pentas komedi negara berkenaan pada Selasa lalu.

Sabtu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370 tidak sensitif pelawak terbabit sebagai biadab.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI