fbpx

Mutiara Hills raikan para pemenang pertandingan Cabaran Reka Bentuk Arca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemenang pertandingan CabaranCabaran Reka Bentuk Arca Mutiara Hills diraikan dalam satu majlis baru-baru ini.

PETALING JAYA – Syamirul Alif Shaharudin dan Mohd. Ali Kouli, dua pelajar jurusan seni bina dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang memenangi hadiah utama dalam pertandingan Cabaran Reka Bentuk Arca Mutiara Hills bercadang untuk menyertai lebih banyak pertandingan seni reka dan seni bina moden di dalam negara dan peringkat antarabangsa.

Menurut kedua pelajar tersebut, peluang menarik itu akan membolehkan mereka mengasah kemahiran dan kreativiti serta mengukuhkan lagi keyakinan untuk mencapai mercu kejayaan lebih tinggi pada masa depan

Reka bentuk Syamirul dan Mohd. Ali telah menarik  perhatian para juri kerana ciri-ciri ringkas dan mewah yang menggabungkan pelbagai aspek alam dan ukiran moden. 

Arca ini dianggarkan mencapai ketinggian 10 meter, bersamaan dengan ketinggian bangunan tiga tingkat apabila siap dibina. Arca ini akan dilengkapi dengan ciri panel solar aktif dan pengumpulan air hujan yang menyumbang kepada usaha menghijaukan persekitaran di bandar ini.

Pertandingan  yang telah dianjurkan oleh  Mutiara Spaces, sebuah jenama Boustead Properties Berhad. itu telah menerima hampir 72 penyertaan daripada 12 universiti di seluruh Malaysia.

Selain itu, pemenang hadiah kedua iaitu  Mohd Pirdaus Beddu dan Siti Sarah Mohammed Saidi daripada USM Pulau Pinang manakala tempat ketiga dimenangi oleh  Nur Izzah Kamilia  Mohd.  Khalil Akmal daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000.

Mengulas mengenai pertandingan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Khairul Azizi Ismail berkata, mencungkil bakat muda dan menyemai ketetapan minda yang lestari adalah kunci kepada agenda untuk menjadi pemaju mesra alam yang berhemat dengan tekad mencipta ruang yang boleh memupuk dan meningkatkan kualiti kehidupan. 

“Kami berharap untuk menjalin lebih banyak inisiatif berasaskan kelestarian seperti ini bersama universiti-universiti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Sebagai sebahagian daripada hadiah kemenangan, pasukan juara diberi peluang unik untuk menyertai program bakat industri Mutiara Spaces, yang menawarkan pengalaman sebenar bekerja kepada pelajar. 

Mereka akan dibimbing oleh pasukan pembangunan projek dalam penciptaan arca, yang melibatkan tugasan seperti penghasilan lukisan terperinci, proses dan dokumentasi tender, kejuruteraan nilai, pembinaan dan proses pemasangan. 

Program pendedahan industri ini dijangka bermula pada bulan Jun tahun ini selama 20 minggu, termasuk selepas selesai pembinaan. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI