fbpx

Hantar minit mesyuarat bagi pastikan wujudnya proses rundingan- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan jabatan dan agensi bawah Kementerian Kewangan untuk menghantar minit mesyuarat kepadanya bagi memastikan wujudnya proses rundingan dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, penyerahan minit mesyuarat itu perlu dilaksanakan di Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebagai contoh kepada agensi kerajaan lain dalam mewujudkan budaya rundingan di setiap peringkat pentadbiran.

“Jadi, untuk pastikan hal ini dapat dipantau, untuk mesyuarat minggu ini dan seterusnya, semua jabatan dan agensi harus diberikan minit mesyuarat, saya mahu tengok sebagai satu contoh dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) perlu serahkannya.

“Saya mahu pastikan Kementerian Kewangan sebagai contoh, perlu cemerlang bukan sahaja dalam bidang kerja, tetapi pastikan ada rundingan baik tidak hanya pengarahan daripada menteri ke bawah, KSP ke bawah dan ketua jabatan ke bawah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Kementerian Kewangan di sini tadi.

Katanya, setiap jabatan juga perlu mengadakan pertemuan secara mingguan bagi memberikan peluang kepada semua kakitangan untuk melontarkan pandangan tanpa mengira status senioriti.

“Ini kerana saya dapat maklumat bahawa kadang-kadang tidak sampai pengarahan serta tiada ruang untuk diberikan input daripada peringkat bawah. Jadi, harap ia diperbetulkan.

“Dalam Al-Quran, rundingan itu satu tuntutan, kita berunding sesama kita dan kemudian kita buat keputusan serta harus diterima baik selepas dirunding, kemudian baru tawakal.

“Jangan ingat kita serba pintar, hebat dan pandai rancang strategi kerana semua itu harus sebaik mungkin, tetapi perlu tawakal kepada Allah,” jelasnya.

Pada masa sama, Anwar berkata, pihaknya juga telah memantau kemajuan suku tahun pertama dengan menyifatkan pelaksanaannya dalam keadaan baik tetapi tidak cemerlang.

“Kita patut menilai sendiri, apakah cukup atau harus ada anjakan lagi atau harus ada sikap terbuka untuk diperbaiki.

“Kalau lihat pelaksanaannya tidak memuaskan di mana di peringkat bawah seperti kita umumkan November tahun lalu, semua sekolah dan klinik daif harus diperbaiki segera dan harus selesai tahun ini.

“Jadi, saya mahu pastikan peruntukan itu disalurkan segera,”’katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI