fbpx

Dalang sindiket pelaburan kutu Sapiza telah didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dalang utama kes penipuan pelaburan kutu Saving Sapiza Extra (SSE) telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (kesalahan pengambilan deposit).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pendakwaan wanita itu membabitkan empat kertas pertuduhan pada Februari dan Mac lalu.

Menurut beliau, satu lagi kertas siasatan telah mendapat arahan untuk dituduh di bawah Kontinjen Selangor.

“Selain itu, terdapat tiga kertas siasatan melibatkan ejen yang telah dituduh di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana tiada keterangan secara terus antara mangsa dan suspek utama.

“Masih terdapat 11 kertas siasatan dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya manakala 14 lagi masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ramli, setakat ini pihaknya menerima sebanyak 157 laporan berkaitan penipuan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan perkembangan kes pelaburan kutu Sapiza selepas lima bulan penangkapan suspek dibuat pihak berkuasa.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, tuntutan itu dibuat mewakili suara mangsa dan ada kalangan mereka ingin memberikan maklumat tambahan dengan dokuman sokongan bagi bukti-bukti baharu dalam siasatan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI