fbpx

Tabung Haji beri amaran scammer di Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) meminta orang ramai berhati-hati agar tidak terjerat dengan taktik scammer di aplikasi Telegram.

TH dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform tersebut.

Jelas kenyataan itu, scammer tersebut turut menubuhkan kumpulan Telegram (Tabung Haji & Pelaburan) untuk melakukan kegiatan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah.

“TH terus komited untuk memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH.

“TH menasihatkan supaya pendeposit mahupun orang ramai untuk tidak percaya dengan tawaran dari pihak ketiga. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI