fbpx

Lelaki didakwa bunuh bekas teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chung (kiri) ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi pendakwaan menikam bekas teman wanitanya. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini, mendakwa seorang lelaki dipercayai menikam bekas teman wanitanya hingga mati di sebuah pusat beli-belah hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh iaitu Chung King Fung @ Haidel Daniel Chung Abdullah, 32.

Mengikut pertuduhan, Chung didakwa membunuh Nurul Ain Silien, 22, pada 29 Mei antara pukul 12 hingga 12.20 tengah hari di kedai Polar Ice Cream, Lot B-48, Basement 1, Jesselton Mall, Jalan Haji Saman.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Menerusi prosiding hari ini, pegawai pendakwa Inspektor Kelven memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat dari pihak hosital serta laporan data asid deoksiribonukleik (DNA) dan forensik dari Jabatan Kimia.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Julai untuk sebutan semula kes manakala tertuduh kekal ditahan kerana tiada ikat jamin dibenarkan untuk pertuduhan ke atasnya.

Tertuduh diwakili peguam Chun Teck Min manakala Nabila Norsahar hadir sebagai peguam pemerhati kepada mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI