fbpx

Pilihan penyatuan Melayu adalah Pas – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNUAR Musa.

PETALING JAYA – Melayu dan umat Islam perlu disatukan dibawah panji-panji perjuangan yang lebih istiqamah dan jujur menjunjung agama, bangsa dan negara.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa mendakwa, pilihan penyatuan Melayu dan umat Islam adalah Pas.

“Pas perlu segera diangkat menjadi teras utama perjuangan ummah dengan prinsip perjuangan yang lebih luhur dan berterangkuman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mendakwa UMNO telah belot kepada perjuangan dan lari daripada tanggungjawab memimpin perpaduan serta penyatuan Melayu.

Dakwa beliau, UMNO memilih menjadi sekadar murid bukan guru serta sekadar menjadi pengikut dan pelengkap.

Dakwa beliau lagi, UMNO juga sekadar menjadi ‘king maker’ kepada sosialis dan liberal, bukan lagi pemacu nasionalisme Melayu dan Islam.

Annuar yang dipecat daripada UMNO tahun lalu dan kini bersama Pas mendakwa, aspirasi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 memberi sokongan kuat kepada parti peribumi.

Menurut beliau, ia termasuk Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan UMNO sehingga mendapat cukup bilangan membentuk kerajaan.

Dakwa beliau, kesemua parti-parti berkenaan menolak parti haluan sosialis dan liberal seperti DAP dan Pakatan Harapan (PH). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI