fbpx

Lakonan Iqbal dipuji, berbakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQBAL

LAKONAN pertama usahawan kontroversi Iqbal Zulkefli menerusi naskhah Perempuan Itu mendapat pujian melambung daripada peminat.

Rata-rata netizen menganggap Iqbal lebih berbakat dalam bidang lakonan, berbanding nyanyian. Malah lakonannya di samping pelakon hebat, Zul Ariffin dianggap sangat natural dan sangat bersahaja.

Sedutan video drama Perempuan Itu yang dikongsikan Iqbal dalam Instagramnya juga dihujani dengan pujian dan kata-kata semangat daripada peminat yang tidak menyangka bahawa Iqbal begitu berbakat.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat Iqbal mampu ‘pergi jauh’ dan akan menjadi perhatian penerbit lain selepas.

“Nampak sesuai jadi pelakon. Mungkin selepas ini ramai penerbit akan ambil awak berlakon,” puji seorang netizen.

“Pandai rupanya Iqbal berlakon. Tak kaku. Lepas ini mesti akan dapat banyak ‘job’,” kata seorang lagi peminatnya.

Diva pun tak sangka memang nampak bersahaja lakonan Iqbal. Rasa tak kekok langsung macam pelakon profesional!

DIVA: Suka tengok reaksi Ernie Zakri macam budak kecil bila dapat menonton konsert penyanyi antarabangsa, Beyonce secara langsung di London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI