fbpx

Kemahiran pengurusan korporat usahawan perlu dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (empat kanan) dan Ewon (empat kiri) menyampaikan replika peruntukkan kepada wakil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Selangor, di majlis tersebut.

SHAH ALAM – Kemahiran pengurusan korporat dalam kalangan usahawan antara aspek perlu dibantu bagi mengembangkan syarikat dan menaikkan imej untuk menarik pelaburan syarikat besar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata, majoriti usahawan dikatakan kurang berjaya dalam bahagian itu sehingga gagal mempromosikan syarikat mereka.

Katanya, justeru adalah wajar kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melihat aspek itu agar usahawan tempatan lebih berdaya saing.

“Beberapa perkara dalam pengurusan korporat seperti perlu menyediakan laporan pengurusan syarikat, laporan audit dan lain-lain lagi.

“Pengurusan korporat ini penting bagi menarik syarikat besar, yang mungkin berminat untuk melabur dalam perniagaan mereka,” katanya, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Madani 2023 (PJUKM 2023) Selangor yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini.

Dalam pada itu, Ewon menjelaskan, pihaknya akan mengambil maklum perkara dibangkitkan oleh Amirudin dengan pihaknya sentiasa membantu lebih banyak usahawan negara ini mampu berjaya sehingga peringkat antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI