fbpx

Dari Perak ke Melaka semata-mata untuk pecah tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA suspek berjaya diberkas di Bota dan Manjung, Perak

MELAKA – Dua rakan yang menetap di Perak sanggup datang ke Melaka semata-mata untuk melakukan kegiatan pecah tabung masjid di sekitar daerah Melaka Tengah, sejak awal tahun lalu.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 21 dan 23 tahun itu bagaimanapun berjaya diberkas dalam tangkapan berasingan di Bota serta Manjung, Perak pada 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kegiatan suspek terbongkar selepas polis menerima laporan berhubung kejadian pecah tabung masjid di Bukit Katil dekat sini pada 8 Februari.

“Kita menerima laporan mengatakan dua buah tabung masjid telah dipecah dan wang sumbangan orang ramai kira-kira RM300 telah dilarikan.

“Hasil risikan, pihak polis berjaya mengesan dua suspek yang menetap di Perak dan tangkapan telah dibuat oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, tangkapan itu berjaya menyelesaikan enam kes pecah tabung masjid dan surau sekitar daerah ini.

“Kita juga merampas peralatan digunakan suspek iaitu sebatang pemutar skru, pakaian dan topi keledar yang digunakan semasa melakukan pecah tabung tersebut.

“Siasatan mendapati wang tunai yang dicuri telah digunakan untuk perbelanjaan harian serta membeli bekalan dadah dan suspek aktif melakukan jenayah ini sejak awal 2023,” jelasnya.

Christopher berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI