fbpx

Penyeludup lari tinggal rokok seludup RM1.57 juta dalam lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok seludup bernilai RM1.57 juta di dalam sebuah lori yang ditinggalkan di jeti nelayan di Tumpat pada Ahad lalu. - Foto ihsan polis

TUMPAT – Sekumpulan penyeludup lari meninggalkan sebuah lori yang membawa rokok seludup bernilai RM1.57 juta selepas kegiatan mereka dikesan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sebuah jeti nelayan di sini pada Ahad lalu.

Rampasan itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Unit Risikan PPM dan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat semasa menjalankan Op Kontraban.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan dilakukan, suspek telah bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota PPM.

“Pemeriksaan ke atas sebuah lori yang ditinggalkan di lokasi serbuan menemui rokok seludup bernilai RM1.57 juta.

“Kesemua barangan rampasan dibawa ke IPD Tumpat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI