fbpx

Lionel Messi pilih sertai Inter Miami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI membuat keputusan untuk meneruskan kariernya bersama Inter Miami selepas Barcelona terus bergelut dengan isu kewangan. – AFP

PARIS – Bintang sensasi dunia, Lionel Messi mengesahkan bahawa dia semakin hampir untuk menyertai Inter Miami yang ber­aksi di Liga Bola Sepak Major (MLS) Amerika Syarikat selepas kontraknya bersama Paris Saint-Germain berakhir 30 Jun ini.

Keputusan itu menyaksikan impian Barcelona untuk membawa pulang kembali legenda mereka akhirnya lebur selepas gergasi Sepanyol itu masih bergelut untuk menyelesaikan isu ali­ran tunai kelab berkenaan.

Dalam satu temu bual bersama Mundo Deportivo dan Sport, Messi mengesahkan mengenai destinasi kariernya itu selain kelab yang dimiliki David Beckham itu juga sudah menyiarkan klip video mengenai kapten Argentina itu di laman sosial mereka.

“Saya sudah membuat keputusan untuk pergi menyertai Inter Miami, namun ia masih belum 100 peratus lagi. Jika Barcelona tidak berjaya melakukannya, saya akan meninggalkan Eropah, keluar dari populariti dan meng­utamakan keluarga saya,” kata­nya.

“Saya menerima beberapa tawaran lain daripada pasukan di Eropah, tetapi saya tidak mempertimbangkannya kerana harapan saya untuk pulang ke Barcelona. Sekiranya mereka tidak berjaya melakukannya, saya akan memilih jalan ini kerana saya sudah memenangi Piala Dunia yang saya impikan.

“Sekarang, saya mungkin akan mengakhiri karier di AS dan me­rasai pengalaman beraksi di MLS. Saya akan menikmati hari-hari yang mendatang, tetapi dalam masa sama tanggungjawab untuk meraih kemenangan dalam per­lawanan tidak pernah berkurang,” jelasnya.

Messi turut mengesahkan bahawa menerima tawaran daripada Barcelona untuk kembali ke Camp Nou, namun mengakui masih berkecil hati dengan cara kelab itu menyingkirkannya dua tahun lalu kerana ia bukanlah keputusan yang diinginkannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI