fbpx
GAMBAR HIASAN

Lebih baik haramkan arak daripada ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEJADIAN pemandu mabuk merempuh kenderaan lain terutama penunggang motosikal amat menggerunkan pengguna jalan raya yang lain.

Dengan tiadanya hukuman yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada pemandu mabuk, pastinya perasaan takut itu akan hilang, sekali gus memandang remeh peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Baru-baru ini, tiga nyawa penunggang motosikal melayang, manakala tiga lagi cedera akibat dirempuh sebuah kereta yang pemandunya mabuk, di Kilometer 19.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dipetik berkata, ketika kejadian kereta Honda City berkenaan dipandu oleh lelaki warga tempatan dan dalam perjalanan dari Kuala lumpur ke Cyberjaya.

Katanya, kereta dipandu lelaki berusia 26 tahun terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat.

Ekoran laporan berkenaan, ramai yang bersimpati kepada mangsa yang terlibat dalam nahas.

Mengulas mengenai kejadian itu, Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC), Raja Azizan Suhaimi berkata, adalah lebih baik kerajaan memberi fokus kepada langkah untuk mengharamkan arak berbanding ketum.

Katanya, perbandingan dua jenis air yang kedua-dua mempunyai kesan sampingan kepada pengguna itu jelas dilihat yang mana satu lebih memudaratkan sehingga terlibat dalam kejadian jenayah atau kemalangan.

“Kelebihan ketum ini mampu menghilangkan ‘gian’ penagih heroin, sudah banyak penagih menggunakan alternatif ini untuk tidak lagi menyentuh najis dadah dan ia berhasil.

“Berbeza pula dengan arak, rata-rata bekas penagih yang minum minuman beralkohol akan terdetik untuk menghisap dadah kerana lebih ‘stim’ jika di bawah pengaruh kedua-duanya sekali,” katanya kepada Kosmo!.

Jelas Raja Azizan, terdapat kekhilafan daripada pihaknya yang sebelum ini secara semberono mendesak agar ketum segera diwartakan sebagai sejenis dadah di bawah jadual Akta Dadah Berbahaya (ADB) sebelum hujung tahun ini.

“Tujuan kenyataan tersebut dibuat pada awalnya untuk melihat wujud atau tidak kaedah bagi memulihkan individu yang ke­tagih ketum. Setelah mendapat maklum balas daripada pelbagai pakar dan persatuan bukan kerajaan (NGO), banyak lagi yang perlu diperlihatkan.

“Antaranya adalah ketum dengan tidak dicampur bahan lain tidak akan mengkhayalkan pengguna, malah memberikan tenaga berbanding arak,” katanya.

Justeru itu, Raja Azizan berharap agar lebih baik mengharam­kan perkara yang dari dulu dike­tahui bakal menimbulkan masalah dalam masyarakat berbanding terus mencari salah dalam penggunaan ketum.

“Jika dimasukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya, pastinya lebih banyak individu akan ma­suk ke dalam penjara dan ini juga akan memberikan kesan apabila mereka ingin memulakan hidup kerana ada rekod buruk dalam hidup,” ujarnya.

Penulis yakin jika usaha se­perti melarang penjualan minuman beralkohol di pasar raya dan kedai runcit, setidak-tidaknya dapat mengurangkan gejala pemandu mabuk di jalanan.

Keputusan melarang penjualan minuman keras di pasar raya dan kedai runcit lebih bersifat kepentingan umum, bukannya bersifat rasis kepada mana-mana agama atau kaum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN