fbpx

Guna kenderaan e-hailing bawa ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang disita hasil daripada penangkapan kedua-dua suspek.

PETALING JAYA – Dua lelaki tempatan termasuk ‘mastermind’ sindiket ditahan bersama lebih empat kilogram (kg) dadah disyaki ganja bernilai RM12,455 dalam sebuah kereta di Kelana Jaya, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua lelaki masing-masing diberkas secara berasingan di Kelana Jaya dan Kota Damansara pada Selasa.

Katanya, kegiatan itu terbongkar selepas polis memeriksa kereta Proton Saga milik suspek pertama berusia 42 tahun pada pukul 10.10 malam.

“Kita menemui beg di tempat letak kaki penumpang hadapan berisi tiga ketulan mampat daun kering yang dibalut kertas berwarna keemasan disyaki ganja dan satu ketulan dadah jenis sama.

“Anggaran berat dadah itu adalah 4,018 gram (g) bernilai RM12,455. Dadah ini boleh dibekalkan kepada 4,018 penagih,” ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

Susulan tangkapam itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun di Kota Damansara. Suspek kedua itu dipercayai bertindak sebagai ‘mastermind’ bagi urusan jual beli dadah.

Tambahnya, polis merampas wang, rantai leher, dua loket dan cincin dengan nilai sitaan RM6,800.

“Suspek pertama terlibat dengan pengedaran dadah selama tiga bulan di Kelana Jaya dan Puchong. Suspek kedua terlibat selama dua bulan di Kepong, Selayang dan Petaling Jaya.

“Suspek pertama positif amphetamine dan methamphetamine. Dia mempunyai enam rekod dadah dan lima rekod jenayah. Suspek kedua tiada rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Modus operandi suspek adalah menyasarkan kenderaan awam seperti e-hailing bagi mengaburi pihak berkuasa untuk menghantar dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI