fbpx

Dua bot nelayan ditahan gaji warga Myanmar tanpa dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga Myanmar yang ditahan APMM Pulau Pinang, semalam, selepas didapati gagal mengemukakan dokumen yang sah.

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua buah Bot Nelayan Tempatan selepas disyaki menggajikan 10 kru warga Myanmar tanpa dokumen sah, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, tangkapan tersebut dilakukan semasa pasukannya melaksanakan rondaan rutin di bawah Ops Tiris dan Ops Pertiwi di perairan Pulau berkenaan.

Menurutnya, bot itu ditahan di kedudukan 25.9 kilometer dan 28.7 kilometer barat daya Pulau Kendi lebih kurang pukul 2.40 petang.

“Pada mulanya pasukan bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah BNT kelas B1 sedang menangkap ikan sebelum bot terbabit dirapati untuk melakukan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot tersebut dikendalikan lima kru termasuk tekong warga Myanmar bersama hasil perikanan lebih kurang 400 kilogram ikan campur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI