fbpx

Pelajar tingkatan satu ditahan curah sabun di mata rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GERIK – Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun bagi membantu siasatan kes mencurahkan sabun di mata rakan setingkatan dalam kejadian di sebuah sekolah menengah berasrama di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, maklumat kejadian itu diterima setelah laporan polis dibuat bapa mangsa pada pukul 12.22 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada 19 Mei lalu ketika mangsa berusia 13 tahun sedang tidur di dalam bilik asrama sekolah berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa sedang tidur sebelum dia menyedari kedua-dua belah matanya telah dicurahkan dengan cecair dipercayai sabun.

“Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan pemeriksaan pakar mengesahkan pelajar terbabit mengalami kecederaan ‘Bilateral Eye Chemical Injury Grade 1’,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, tangkapan telah dibuat ke atas suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Kita juga akan memanggil beberapa saksi termasuk guru dan pelajar lain bagi membantu siasatan kes ini.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan sebaik siasatan selesai dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI