fbpx

Rakaman percakapan Sanusi selesai diambil Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman selesai merakam percakapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, rakaman percakapan itu di Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah petang tadi.

“PDRM sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk kepada Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan PDRM akan merakam percakapan Muhammad Sanusi di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah susulan kenyataannya bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Ia dijalankan oleh USJT, D5 Bukit Aman di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah brikutan ia hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis sahaja.

Sementara itu, dalam sidang dewan rakyat semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polis telah menyerahkan sebahagian laporan berhubung dakwaan Pengarah Pilihan Raya Pas itu kepada Peguam Negara.

Jelas ahli parlimen Tambun itu , siasatan terhadap kenyataan yang tidak bertanggungjawab berkenaan dilakukan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI