fbpx

Northport, Alam Flora anjur hari terbuka PRF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Shah (kanan) dan Nazar pada majlis sambutan hari terbuka PRF di Northport, Pelabuhan Klang.

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) dan Alam Flora Environmental Solutions (AFES) telah bekerjasama menganjurkan hari terbuka Port Reception Facilities (PRF) seiring dengan sambutan Hari Persekitaran Dunia tahun 2023.

Majlis tersebut telah dirasmikan ole Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof dan Ketua Pegawai Operasi AFES, Nazar Abdul Raof.

Lebih daripada 200 tetamu yang terdiri daripada pekerja di pelabuhan tersebut dan juga di kedua-dua buah syarikat turut memeriahkan majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Azman berkata, kesan daripada perubahan iklim  telah menyebabkan kenaikan kes berkaitan bencana alam, gelombang panas, kenaikan paras laut dan kehilangan biodiversiti. Keluasan hutan juga semakin kecil dan pencemaran udara telah menyebabkan hidupan liar hidup dalam keadaan terancam.

 “Di sebalik cabaran tersebut, pastinya ada harapan, bagaimanapun ia telah memberi kuasa kepada komuniti untuk bekerja bersama-sama untuk mengatasi masalah dan isu berkenaan.

“Ia didatangkan melalui idea yang menarik dan teknologi yang akan mengubah cara kita berinteraksi dengan alam.

“Masyarakat kini semakin ramai telah menyedari apa yang telah kami laksanakan sebelum ini yang bakal memberi kesan kepada generasi masa depan.

“Bagi membina harapan tersebut, Northport dan AFES bekerjasama untuk menjayakan program ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Kemudahan Northport PRF telah dibangunkan secara usaha sama oleh Northport dan AFES pada tahun 2019 dan ia telah mula beroperasi pada Februari tahun 2020.

Kemudahan tersebut adalah yang pertama di negara ini menyediakan penyelesaian pengurusan sisa melalui pengurusan berjadual dan juga untuk sisa bukan berjadual.

Ia mematuhi piawaian International Convention for the Prevention of Pollution from Ships (MARPOL). -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI