fbpx

Keputusan Mahkamah Rayuan Paris bukti waris Sulu tidak mempunyai merit – Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji

PETALING JAYA – Kerajaan Negeri Sabah berharap Kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menamatkan tuntutan waris Kesultanan Sulu setelah keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang membenarkan Malaysia mencabar penghakiman.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan Mahkamah Rayuan Paris adalah tepat, sekali gus mengesahkan pendirian kerajaan Sabah bahawa tuntutan mereka terhadap negeri itu tidak mempunyai merit.

Katanya, keputusan berkenaan juga dilihat mengukuhkan lagi kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Tambah beliau, rakyat Sabah sendiri telah memilih untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), oleh itu sebarang tuntutan luar terhadap Sabah tidak akan diiktiraf sama sekali oleh rakyat.

“Kerajaan Sabah menyambut baik keputusan itu dan berharap kerajaan Malaysia akan mengambil segala tindakan sewajarnya bagi menamatkan sebarang tuntutan itu buat selama-lamanya.

“Sabah, melalui Jabatan Peguam Negara, akan terus memainkan peranannya dengan Peguam Negara Persekutuan dalam menangani kes itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan ‘Partial Award’ kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa pada 2020.

Justeru, keputusan tersebut memberikan kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan undang-undang sekaligus menolak tuntutan tidak masuk akal dikemukakan Kumpulan Sulu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI