fbpx

Dewan Rakyat: Kadar pengangguran turun 1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran belia menurun satu peratus kepada 10.1 peratus pada suku pertama 2023, berbanding 11.1 peratus bagi tempoh sama tahun lalu, berdasarkan Laporan Survei Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, kadar pengangguran belia merupakan fenomena global dihadapi kebanyakan negara di seluruh dunia.

Katanya, ia mengambil kira umur tersebut berada pada transisi alam pengajian kepada pasaran pekerjaan seterusnya proses untuk mendapatkan pekerjaan.

“Sehubungan itu, kerajaan secara berteruskan melaksanakan inisiatif merentasi kementerian dan agensi dalam membantu kadar pengangguran secara keseluruhan belia dari bandar dan luar bandar.

“Kadar pengangguran ini secara keseluruhan juga menurun dari suku pertama keempat pada 2022 iaitu 3.6 peratus kepada 3.5 peratus bagi suku pertama 2023,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) berhubung usaha kerajaan untuk menangani masalah pengangguran dalam kalangan belia berikutan pekerjaan tidak setimpal dengan bidang pengajian, kekurangan bakat selain isu kualiti serta kuantiti pekerjaan.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mempergiat program bagi penyertaan tenaga kerja melalui platform MYFutureJobs.

“Lebih satu juta kekosongan jawatan ditawarkan dengan kira-kira 148,000 kekosongan profesional. Program karnival kerja turut digerakkan dengan sebanyak 1,366 siri karnival telah dilaksanakan.

“Seramai 21,740 pencari kerja berjaya mendapatkan penempatan dengan 78.1 peratus adalah dalam kalangan belia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI