fbpx

[VIDEO] Lelaki sado lagak samseng tunjal kepala pemandu wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki berlagak samseng menahan dan mengasari seorang pemandu wanita.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki ‘sado’ mengasari seorang wanita akibat daripada perselisihan faham di jalan raya mendapat kecaman orang ramai.

Sebuah video memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Tapah, Perak baru-baru ini.

Melalui video yang dirakam oleh penumpang kenderaan yang dipandu mangsa wanita itu memaparkan lelaki tersebut memberhentikan kenderaannya di tengah jalan sebelum turun dan menghampiri kereta mangsa.

Lelaki itu kemudian melemparkan kata-kata kesat kepada wanita terbabit dan mendakwa wanita itu memandu secara berbahaya.

Lebih memeranjatkan, lelaki terbabit dirakam menepuk kepala pemandu wanita itu sebanyak dua kali sebelum beredar.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam sikap lelaki itu dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

“Kenapa tak ambil tindakan sewarjarnya sesuka hati dia nak lempang orang macam adik-adik dia pula dia nak lempang sesuka hati,” kata Rin.

“Sesiapa tolong cari dia, berlagak dengan perempuan saja. Elok laporkan pada polis sebab dah sentuh badan seseorang. Biar polis saja kenal dia,” kata Aziz.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 600,000. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI