fbpx

Polis rakam keterangan Sanusi Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

PETALING JAYA -Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam percakapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor, Rabu ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, tindakan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah itu dibuat susulan kenyataannya bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

“Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah setelah menerima satu laporan polis berhubung kenyataan itu.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut.

Jelasnya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Sementara itu, dalam sidang dewan rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polis telah menyerahkan sebahagian laporan berhubung dakwaan Pengarah Pilihan Raya Pas itu kepada Peguam Negara.

Jelas ahli parlimen Tambun itu , siasatan terhadap kenyataan yang tidak bertanggungjawab berkenaan dilakukan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI