fbpx

Penunggang motosikal maut tercampak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terlibat dalam nahas tiga kenderaan di kilometer 23, Jalan Seremban - Kuala Pilah, di sini, pagi tadi. - Foto ihsan polis

KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 23, Jalan Seremban – Kuala Pilah, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu melibatkan dua buah kereta jenis Toyota Corolla Altis serta Perodua Bezza dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal yang ditunggang lelaki berumur 33 tahun dan kereta jenis Toyota Corolla Altis dipandu lelaki berumur 29 tahun dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

“Kereta jenis Perodua Bezza pula dipandu oleh seorang wanita dari arah Kuala Pilah ke rumahnya di Kampung Mampas Besar. Apabila tiba di lokasi, Perodua Bezza tersebut masuk ke laluan bertentangan dan melanggar penunggang motosikal.

“Pada masa sama, pemandu kereta Toyota Corolla Altis yang berada di laluannya cuba membrek dan mengelak, tetapi berikutan jarak terlalu dekat, dia terlanggar bahagian belakang kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal tercampak kira-kira 11 meter dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ujar Amran lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah bagi pengendalian bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI